MyPay
MyPay adalah aplikasi yang menggabungkan khidmat Agensi Kerajaan di bawah satu platform untuk memberi kemudahan kepada pengguna membuat semakan dan pencarian maklumat, serta pembayaran dalam talian.
Aplikasi MyPay boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apple AppStore.
Pendaftaran akaun MyPay dibuat menggunakan nombor Kad Pengenalan (MyKad).
Pendaftaran menggunakan kad pengenalan adalah salah satu fungsi keselamatan di mana pengguna akan mengesahkan eKYC untuk menggunakan perkhidmatan seperti pembayaran PTPTN dan semakan saman pihak berkuasa.
Ya, aplikasi MyPay menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan biometrik dan pengesahan e-KYC untuk melindungi data dan maklumat pengguna.
Penukaran Duit Syiling
Pelanggan boleh membuat janji temu melalui aplikasi MyPay untuk memilih lokasi yang terdekat bagi perkhidmatan penukaran duit syiling.
Maklumat terkini mengenai waktu operasi boleh didapati melalui aplikasi MyPay.
Boleh, tetapi kami sarankan pelanggan membuat janji temu terlebih dahulu untuk mengelak masa menunggu yang lama.
Ya, pelanggan boleh lengkapkan profil dan eKYC mereka setelah selesai proses penukaran duit syiling.
Nilai bagi duit syiling yang ditukar akan dipindahkan ke akaun bank anda. Proses pemindahan ini mengambil masa 2 - 3 hari kerja, tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu.
Kami menerima duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dari semua siri, dan dalam keadaan baik untuk penukaran.
Tiada had maksimum untuk penukaran duit syiling dan jumlah minimum yang diterima ialah RM5.
Ya, kami mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% bagi sebarang jumlah pertukaran.
Pelanggan boleh menyemak status transaksi dalam aplikasi MyPay, di bawah tab "Transaksi".
Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi kami seperti berikut:-
Telefon: 03-56260033 (select 2)
Whatsapp: 011-63322755
E-mel: [email protected]
Jika perkara ini berlaku, sila ambil langkah-langkah berikut:
-
Semak maklumat akaun bank yang didaftarkan dalam aplikasi MyPay.
-
Laporkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam maklumat akaun bank.
-
Hubungi kami untuk menyemak status transaksi.
Pembelian Duit Syiling Untuk Perniagaan
Pelanggan boleh membuat pembelian dengan:
-
Mengunjungi mana-mana kios KOCEK kami; atau
Menempah melalui talian khidmat pelanggan KOCEK (03-56260033)
Ya, kami mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 2% untuk pembelian duit syiling.
Untuk pembelian di kios, pelanggan boleh membuat pembayaran melalui pemindahan QR atau perbankan dalam talian. Manakala, untuk pembelian yang telah ditempah, pelanggan boleh membuat pembayaran dalam talian.
Ya, perkhidmatan penghantaran disediakan untuk pembelian melebihi RM 25,000 dan yang dibayar secara dalam talian terlebih dahulu.
Anda ada Duit Syiling? Kami mahukannya!
Muat turun MyPay untuk bermula!
Di KOCEK, kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Buat janji temu atau datang terus ke Kios KOCEK terdekat hari ini untuk memulakan pengembaraan anda.