Terma & Syarat untuk KOCEK Out
- MATA WANG:
Perkhidmatan penukaran hanya tersedia untuk mata wang Malaysia tulen yang sah diperlaku sahaja. - JUMLAH MINIMUM:
Duit syiling yang disediakan oleh KOCEK akan dibungkus terlebih dahulu dengan jumlah minimum RM100.00 setiap pek. - BAYARAN PERKHIDMATAN:
2% caj perkhidmatan akan dikenakan berdasarkan jumlah syiling yang dibeli. - PENGESAHAN PESANAN:
Pelanggan atau wakil mereka dikehendaki mengemukakan resit / slip pembayaran jumlah pembelian termasuk caj perkhidmatan untuk tujuan pengesahan sebelum duit syiling diserahkan oleh staf KOCEK kepada pembeli. - Jika ada pertikaian terhadap jumlah bayaran dengan jumlah pesanan, duit syiling akan diberikan berdasarkan jumlah pembayaran yang telah dibuat.
- PENGAMBILAN PESANAN:
Duit syiling yang dipesan dan dibayar harus diambil dalam masa tujuh (7) hari selepas bayaran dibuat. Pesanan duit syiling yang tidak diambil akan dibatalkan selepas tempoh pengambilan dan jumlah bayaran akan dikembalikan kepada pelanggan, melalui saluran bank yang digunakan untuk pembayaran. - PENGECUALIAN:
KOCEK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kesulitan yang disebabkan oleh penyediaan maklumat yang salah atau tidak tepat oleh pelanggan semasa proses transaksi duit syiling. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran peribadi dan arahan transaksi adalah tepat. - PEMERIKSAAN:
Pelanggan mempunyai hak untuk memeriksa duit syiling dan mengesahkan jumlah duit syiling yang dibeli di kios KOCEK. Sebarang pertikaian mesti diselesaikan sebelum urus niaga selesai. - KERAHSIAAN/MAKLUMAT SULIT:
Maklumat peribadi yang diberikan oleh pelanggan, termasuk nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon, akan digunakan semata-mata untuk tujuan memproses pesanan dan kemas kini. Kami tidak akan berkongsi, menjual atau mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan jelas pelanggan. Maklumat peribadi dan transaksi mungkin akan digunakan oleh syarikat Pertama Digital Berhad dan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. untuk tujuan kajian dan pemasaran produk atau perkhidmatan oleh syarikat-syarikat tersebut sahaja. - FORCE MAJUERE:
KOCEK tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kesulitan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, kegagalan teknikal, atau sebarang kejadian force majeure yang lain. - KEMASKINI & PENGUBAHSUAIAN:
Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada kemas kini, pengubahsuaian atau semakan mengikut budi bicara Pertama Digital Berhad dan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada terma dan syarat terkini di laman web rasmi KOCEK. Dengan menggunakan perkhidmatan KOCEK, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan, termasuk sebarang perubahan yang dilakukan terhadap terma dan syarat.
Terma & Syarat untuk KOCEK In
- Perkhidmatan penukaran hanya tersedia untuk mata wang Malaysia tulen yang sah diperlaku sahaja.
- KOCEK hanya menerima syiling dalam keadaan baik dan bebas daripada kecacatan. Duit syiling rosak/cacat tidak akan diterima berdasarkan garis panduan Bank Negara Malaysia.
- Caj perkhidmatan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah nilai duit syiling yang ditukar oleh pelanggan.
- Jumlah nilai penukaran (selepas ditolak caj perkhidmatan) akan dipindahkan ke akaun bank yang ditetapkan pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja. KOCEK akan melakukan usaha yang munasabah untuk memproses pemindahan dengan segera dan cekap.
- Pertama Digital Berhad dan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kesulitan yang disebabkan oleh penyediaan maklumat yang salah atau tidak tepat oleh pelanggan semasa transaksi duit syiling dengan KOCEK. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran peribadi dan arahan transaksi adalah tepat.
- Maklumat peribadi yang diberikan oleh pelanggan, termasuk nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon, akan digunakan semata-mata untuk tujuan memproses pesanan dan kemas kini. Kami tidak akan berkongsi, menjual atau mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan jelas pelanggan. Maklumat peribadi dan transaksi mungkin akan digunakan oleh syarikat Pertama Digital Berhad dan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. untuk tujuan kajian dan pemasaran produk atau perkhidmatan oleh syarikat-syarikat tersebut sahaja.
- Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada kemas kini, pengubahsuaian atau semakan mengikut budi bicara Pertama Digital Berhad dan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada terma dan syarat terkini di laman web rasmi KOCEK. Dengan menggunakan perkhidmatan KOCEK, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan, termasuk sebarang perubahan yang dilakukan terhadap terma dan syarat.
Anda ada Duit Syiling? Kami mahukannya!
Muat turun MyPay untuk bermula!
Di KOCEK, kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Buat janji temu atau datang terus ke Kios KOCEK terdekat hari ini untuk memulakan pengembaraan anda.